Skop pekerjaan

Di dalam post ini pula kami akan berkongsi info tentang skop pekerjaan di ladang buah sekitar bumi Australia . Setiap pokok buah akan melalui 4 fasa yang berbeza. Dan untuk setiap fasa ini mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan kerja itu.

-Pruning  ialah proses yang terawal,  iaitu dengan cara mencantas semua dahan-dahan yang melebihi had ukuran yang telah pun ditetapkan oleh peladang-peladang.  Setiap jenis pokok mempunyai ukuran dan piawaian yang tersendiri (pokok epal,anggur, oren dan sebagainya). Kadangkala, rumput-rumput di sekitar kawasan pokok juga perlu dicabut untuk tumbesaran pokok yang sihat.

-Thinning  pula adalah proses di mana kita perlu mengurangkan buah-buah yang banyak di setiap dahan. Biasanya kita perlu menggugurkan buah itu sehinggakan hanya tinggal 2 atau 3 buah sahaja di setiap dahan. Proses ini perlu dilalui supaya semua nutrien dapat dibahagikan sama rata untuk setiap buah.

-Picking adalah proses yang paling penting iaitu tuaian hasil buah di ladang. Setiap buah yang dipetik(hasil tuaian) perlu disimpan di dalam karung yang digantungkan di leher lalu memasukkan ke dalam tong(bin)  kumpulan buah. 

Sedikit sebanyak telah pun kami terangkan tentang skop pekerjaan yang ada di kebanyakkan ladang. Kami segali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka-mereka yang menuliskan e-mail pada kami kerana berminat dan juga memuji kualiti khidmat kami. Kami berjanji untuk meneruskan program ini sampai bila-bila. INSYALLAH

Sekian terima kasih, ASSALAMUALAIKUM

Program kami adalah yang TERBAIK

Kami ingin berterima kasih pada yang menyokong kami. Selepas beberapa program, kami mengambil langkah seterusnya, iaitu membina laman sesawang kami , YouTube, Facebook, Twitter dan juga G+.

Jika anda masih lagi ragu-ragu dengan program ini, nantikan post kami yang berikutnya. Assalamualaikum

Yuran dan pembayaran

Assalamualaikum semua,

Di sini kami akan menyatakan hal yuran dan pembayaran. Caj untuk menyertai program memetik buah di Australia ini adalah RM2500 sahaja.

Pembayaran harus dibuat selepas anda setuju untuk menyertai program ini dan telah mendapat keterangan yang lebih lanjut dari wakil kami di sekitar Malaysia. RM1500 akan dikenakan sebagai deposit dan perlu diserahkan ke wakil kami. Dan baki RM1000 lagi perlu dijelaskan samada di Malaysia mahupun di Australia.

Cas yang dikenakan adalah cas yang merangkumi :

1) Penempatan tempat tinggal

2) Penempatan tempat kerja bersama kontraktor ladang.

3) Cas pembuatan Visa ke Australia (setahun)

4) Transportasi ke tempat tinggal dari stesyen kereta api(V-Line)

Kos lain yang perlu disara sendiri :-

-Tiket tambang kapal terbang (RM800 – RM1500) pergi-balik bergantung pada promosi yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

- Duit belanja sekurang-kurangnya 500 AUD (RM1550) dalam tangan. ( Ini adalah galakkan ).

Nantikan post kami yang akan datang. Assalamualaikum

Terma dan Syarat-syarat

Di sini , kami ingin sekali menegaskan bahawa anda wajib meneliti semua aspek yang bakal dilontarkan di post ini.  Sesungguhnya kami tidak mahu ada timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan peserta program ini.

Seperti yang berikut  :-

1) Tiada JANJI dalam pembuatan duit yang banyak, kerana dalam hal ini ianya bergantung pada beberapa sebab antaranya :

-Faktor musim, adakalanya jikalau di musim panas kita mampu menjana pendapatan yang lebih dari musim-musim yang lain disebabkan kebanyakkan buah dari Australia yang diekspot ke negara luar matang pada musim ini.  Bagi musim-musim yang lain ianya adalah sedikit sukar kerana tidak banyak kerja yang mampu dilakukan. Kami tidak menyarankan untuk anda menyertai program ini pada bulan-bulan selain dari bulan 10(Oktober), 11(November), 12(Disember), 1(Januari), 2(Febuari), 3(Mac), 4(April) dan 5(Mei). Kerana pada bulan-bulan yang terpapar berikut tadi adalah bulan yang paling sesuai untuk bekerja.

-Faktor kontraktor, jenis pembayaran terbahagi kepada dua :

Kontrak” iaitu pembayaran yang dibayar pada kadar pokok yang telah dilaksanakan oleh setiap individu. Lebih banyak pokok lebih banyak pendapatan yang dapat dikaut. 

Contoh hourly – 13Aud sejam dikalikan 8 ke 10 jam bekerja
Contoh per tree/bin(fasa memetik) – 26Aud untuk setiap satu bin dikalikan dengan 7 ke 12 bin (bergantung pada kemampuan bekerja)

Lagi banyak anda buat lagi banyak pendapatan anda. Insyallah

Hourly” adalah pembayaran mengikut pada kadar jam bekerja.

Bunga di ladang

Bunga rumput di ladang Balranald

-Faktor cuaca, hujan dan hari yang mempunyai ribut yang kuat tidak dibenarkan bekerja sama sekali.

-Faktor matawang, sentiasa ada perubahan dari RM ke AUD dan sebaliknya dari masa ke masa

2) Kerja-kerja di ladang adalah memenatkan bagi sesetengah pihak individu. Hal ini juga bergantung pada sesetiap individu kerana ada yang mempunyai sakit belakang ada yang asthma dan sebagainya. Bagi pekerja-pekerja yang tabah, semangat, yakin dan nekad tidak akan menghadapi hal yang sedemikian,  Insyallah.

3) Pekerjaan ini menggunakan “Visa Pelancong” yang bertahan selama setahun, akan tetapi setiap kunjungan yang dibuat ke Australia adalah tidak melebihi had kunjungannya iaitu 90 hari. Bagi sesiapa yang ingin melanjutkan kunjungannya disana boleh ke Kedutaan Malaysia di Australia (No. 432, St Kilda Road, Melbourne, VIC 3004). Hal ini boleh dikatakan seiras dengan kesemua pihak yang menawarkan program bekerja di Australia. Visa Pelancong untuk bekerja.

Harap anda semua telitikan apa yang telah dibaca. Kami menyampaikan semua fakta dengan penuh kesungguhan,amanah dan kejujuran. Kami tidak mahu anda menyesal dan sebagainya. Insyallah.

Mengapa anda perlu menyambar peluang bekerja di Australia sebagai pemetik buah bersama kami?

Buah-buahan Australia

Balranald Farm "row"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

- Kami telah pun lama berhijrah ke Australia ini dan mempunyai jaringan kontraktor di beberapa tempat di sekitar Victoria dan New South Wales.

- Menjamin tempat bekerja yang selamat dari semua segi.

- Menyediakan tempat tinggal yang mempunyai kemudahan memasak dan membasuh baju etc etc

- Yuran penyertaan program kami dengan sangat murah.

-Insyallah dengan izinNYA, kita bersama boleh menambah pengalaman hidup yang bermakna di bumi Australia yang sangat kaya dengan keindahan alam semula jadi. Insyallah.

Sila nantikan post kami yang berikutnya,